Make your own free website on Tripod.com
WAQAF MAYA
WAQAF MAYA
« previous | next »
Hj Mohd Salleh bin Hj Abu Samah
Hj Mohd Salleh bin Hj Abu Samah 
 
Tanah Perkuburan Islam bandar Pasir Mas. Terletak di tepi jalan kereta api, kira kira 1 metre dari stesyen Pasir Mas. Hari hari terakhir Pak Lang Salleh telah di habiskan di rumah kami, JKR Quarters Kampong Puteh, Kota Bharu Kelantan, dimana sekarang ini terletak Kota Darul Naim. Pak Lang baru saja balik dari menunaikan Haji dengan bapa dan ibunya, tetapi beliau kelihatan sugul sentiasa, mendiam diri, dan banyak berada di tikar sajadah. Kami ingatkan beginilah adanya orang yang baru balik dari Makkah. Seminggu sebelum Hari Merdeka, kami sekeluarga pergi ke rumah Pak Ngah Mail di Pasir Mas. Rumah Pak Ngah Mail dekat dengan sungai waktu itu. Pada pagi 20/8/57, Pak Lang Salleh dan Ripin pergi mandi di sungai Kelantan. Selepas melepas hajat Pak Lang telah menyusur tepi sungai untuk mandi. Ketika itulah kaki nya telah terjerumus ke lopak dalam dimana air yang berpusar telah menarik tubuh nya ke dalam. Ripin mengingatkan Pak Lang pandai menyelam oleh sebab lama juga kepalanya tidak timbul. Selepas sekian lama barulah Ripin sedar Pak Lang telah tenggelam lemas dan terus bergegas berlari lari kerumah memberi tahu Pak Lang sudah lemas. Keesokkan harinya pada petang Asar barulah mayat Pak Lang di jumpai tersangkut di bawah rumah rakit setelah mudik kehilir dibawa arus.

Comments (0) | Add a Comment